Sekalung tahniah buat filem Adiwiraku arahan Eric Ong yang terpilih mewakili Malaysia sebagai ‘Official Selection’ di ASEAN Film Festival, Colombo, Sri Lanka bersama filem-filem dari negara ASEAN yang lain. Berlangsung dari 9-11 Ogos 2019 di National Film Corp (NFC), Filem Terbaik FFM29 mengenai perjuangan guru dan pelajar sekolah luar bandar yang turut merangkul anugerah Cerita Asal Terbaik (Jason Chong) dan Pelakon Wanita Terbaik (Sangeeta Krishnasamy) ini juga terdahulunya tahun lalu turut merangkul anugerah Khas Kepujian (Diploma of Honor) Filem Cereka di 48th Roshd International Film Festival, Iran.

1

2