Sekalung tahniah buat filem ‘The Garden of Evening Mists’ terbitan Astro Shaw dan HBO Asia dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan dengan kerjasama CJ Entertainment yang terpilih sebagai tayangan pembukaan (Japanese Premiere) di Osaka Asian Film Festival pada 6 Mac 2020 ini. Terdahulunya, filem arahan pengarah Taiwan, Tom Shu-Yu Lin yang dibintangi Sinje Lee, Hiroshi Abe, Sylvia Chang dan Julian Sands berdasarkan adaptasi novel terlaris tulisan penulis tempatan Tan Twan Eng ini telah berjaya memenangi anugerah Solekan dan Rekaan Kostum Terbaik di 56th Golden Horse Award, Taipei selain lapan pencalonan akhir yang lain termasuklah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakonlayar Adaptasi Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.

SEKALUNG TAHNIAH BUAT FILEM THE GARDEN OF EVENING MISTS