Sekalung tahniah buat filem ‘Guang’ arahan Quek Shio Chuan yang mencipta sejarah buat Malaysia apabila memenangi anugerah Filem Cereka Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 59 yang berlangsung di Macau pada 8 Januari 2020. Kejayaan sulung yang diraih negara untuk kategori Filem Cereka Terbaik sepanjang penganjuran festival dari edisi pertama di Tokyo pada tahun 1954 ini turut membuahkan kecemerlangan apabila ‘Guang’ juga berjaya meraih anugerah Lakonlayar Terbaik buat Quek Shio Chuan sendiri. Dibintangi Kyo Chen, Emily Chan, Ernest Chong dan ramai lagi, filem mengenai kasih sayang adik beradik dan perjuangan kisah pemuda autistik yang mempunyai bakat istimewa ini terdahulunya meraih empat buah anugerah di Festival Filem Malaysia ke 30 bagi kategori Pengarah Harapan (Quek Shio Chuan), Pelakon Lelaki Harapan (Kyo Chen), Sinematografi Terbaik (Eric Yeong) dan Penataan Seni Terbaik (Chan Hsien Yu). YBrs. En. Pansha, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan YBhg. Dato’ Nancie Foo telah menerima trofi dan plak kemenangan mewakili filem ‘Guang’ di festival ini.

1

2

3

4

5