Sekalung tahniah buat dua filem pendek tempatan yang diarahkan karyawan muda industri iaitu ‘Belas’ oleh Adam Taufiq Suharto dan ‘B.B.Batuh Bijanji (The Promised Stones) oleh Wan Dinnie dan Reduan yang masing-masing dinamakan sebagai di antara sebelas buah filem terbaik Asia 2019 dengan review terbaik daripada 100 filem cereka dan pendek dari seluruh Asia yang menghantar penyertaan di bawah inisiatif #SubmitYourFilm kelolaan laman online perfileman, Asian Movie Pulse. Terdahulunya, kejayaan ‘Belas’ adalah sebagai finalis bagi FiTA Wave Short Film Awards 2019 manakala filem animasi pendek B.B. Batuh Bijanji (The Promised Stones) dengan teknik rotoskop ini dibikin dengan gabungan usaha guru dan pelajar sekolah luar bandar, SK Temong di Serian, Sarawak yang turut berjaya menembusi platform antarabangsa Lift Off Global Network : First Time Filmmaker Sessions di United Kingdom.

1

2

3