Sekalung tahniah buat filem pendek tempatan, ‘Benevolent Ba’ karya pemenang anugerah di peringkat tempatan dan global, Diffan Sina Norman yang berjaya menembusi festival filem berprestij di Amerika Syarikat iaitu Sundance Film Festival anjuran Sundance Institute yang bakal berlangsung dari 23 Januari-2 Februari 2020 di Park City, Utah. Menembusi seleksi akhir di bawah kategori ‘International Narrative Short Films’ dengan tayangan ‘World Premiere’ daripada 10,397 penyertaan dari Amerika Syarikat dan seluruh dunia, filem ini juga berpeluang merebut anugerah ‘Short Film Grand Jury Prize’ bersama wakil daripada 27 buah negara yang lain. Terdahulunya, kejayaan Diffan di Sundance ini adalah pada tahun 2014 apabila turut bersaing menerusi filem pendeknya ‘Kekasih’.

1

2