FINAS melalui Bahagian Pengurusan Produksi telah mengambil inisiatif menganjurkan sesi ‘Business Talk’ bersama para penerima Dana Kandungan Digital di Sabah dan Sarawak. Dipengerusikan YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, sesi yang bertujuan memberi galakan dan panduan serta ‘roadmap’ penerbitan kandungan ini telah diadakan pada 14 September di Universiti Malaysia Sabah bersama 11 syarikat penerima dan pada 16 September di Sarawak bersama 5 syarikat penerima. Turut hadir ialah YBrs. Tn. Hj. Abd. Khalid Maulod, Timbalan Ketua Pengarah (Produksi dan Teknikal) FINAS serta para pegawai Bahagian Pengurusan Produksi FINAS.