Petra Jaya, 17 September -YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS hari ini telah mengadakan lawatan ke lokasi penggambaran filem ‘Sumpahan Jerunei’ terbitan Produksi Seni Dua Puluh Dua Puluh Sdn Bhd di Kuching, Sarawak. Mengangkat ke layar perak sejarah silam kaum Melanau yang penuh misteri terutama berkaitan dengan adat pengebumian golongan bangsawan Melanau dengan jerunei, filem arahan Jason Chong ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Uqasha Senrose, Yuyun Hikmah, Daiyan Trisha serta Ruminah Sidek yang menjalani penggambaran di Mukah dan Kuching, Sarawak. Turut hadir ke sesi ini adalah penerbit YBhg. Dato’ Nancie Foo dan Datin Wendy Wong, Tn. Hj. Abd. Khalid Maulod, Timbalan Ketua Pengarah (Produksi dan Teknikal) FINAS, Pn. Hjh. Subaidah Md. Top, Pengarah Kreatif dan Teknikal FINAS, En. Mohamad Ghazali Jeman, Penasihat Industri FINAS dan para pegawai FINAS.