Petaling Jaya, 27 Februari – Di dalam usaha pemerkasaan industri filem melalui jaringan sinergi dua hala bersama para penggiat dan kumpulan sasar, FINAS yang diwakili Ahli-Ahli Perbadanan, En. Mohan Rao dan En. Andrew Tai berserta Panel Penasihat Industri, En. Shanjhey Kumar Perumal telah mengadakan sesi perbincangan bersama barisan kepimpinan Chinese Film Association of Malaysia (CFAM) di FINAS Petaling Jaya hari ini. Sesi interaktif dua hala yang turut disertai Panel Penasihat Industri, En. Harun Rahman dan Pn. Anna Har ini telah menjana input-input berkaitan cabaran, isu, halatuju, polisi berserta cadangan dan resolusi yang mewakili kluster industri.