Kuala Lumpur, 27 September – Tenaga produksi bagi filem tamil tempatan ‘Ennaval’ merangkumi pelakon dan pengarah semalam hadir memeriahkan panggung GSC Nu Sentral, Kuala Lumpur bagi mempromosikan tayangan filem tersebut. Filem arahan Saran Z yang dibintangi C. Kumaresan, Sangeeta Krishnasamy, Vasanth Sarna, Yashini, Suresh dan ramai lagi ini memulakan tayangannya di pawagam seluruh negara bermula 26 September 2019. Hadir pada sesi promosi tayangan pertama filem ini ialah pengarah filem, Saran Z, barisan pelakon dan tenaga produksi, serta rakan-rakan media.