Sekalung tahniah buat filem animasi pendek tempatan, ‘KRING!’ arahan Hilmi Ismail yang terpilih sebagai ‘Official Selection’ mewakili negara di festival filem antarabangsa, Festival International du Film sur les Handicaps (FIFH) yang bakal berlangsung dari 7-12 Februari 2020 di Lyon, Perancis. Diterbitkan produksi Brainy Bones Studios, filem ini terdahulunya memenangi kategori animasi pendek menerusi Intellectual Property Creators’ Challenge (IPCC) 2018 dan kategori Malaysia Next Generation menerusi Digicon6ASIA pada September tahun lalu selain terpilih sebagai ‘Official Selection’ di 5th Animation Marathon 2019, Athens, Greece yang lalu.

1

2