FINAS ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada filem cereka tempatan, ‘The Story of the Southern Islet’ nukilan dan arahan sulung pembikin filem Chong Keat Aun yang telah menerima dua pencalonan akhir iaitu Lakonlayar Asal Terbaik dan Pengarah Baharu Terbaik buat dirinya di festival filem berprestij antarabangsa, 57th Taipei Golden Horse Awards yang akan berlangsung pada 21 November 2020 di Taipei, Taiwan. Menampilkan Pelakon Harapan Wanita FFM25, Jojo Goh sebagai pelakon, filem yang bergenre mistik/seram ini berdasarkan kisah benar yang terjadi di zaman 80-an di kawasan sekitar Gunung Keriang di Kedah.

1

2