Sekalung tahniah buat filem cereka tempatan, ‘Geran’ arahan pengarah muda, Areel Abu Bakar yang terpilih sebagai ‘Official Selection’ mewakili Malaysia di festival filem antarabangsa berprestij, 19th New York Asian Film Festival (NYAFF) di Amerika Syarikat yang akan berlangsung dari 3-16 Julai 2020. Filem aksi yang mengangkat seni persilatan Melayu di layar perak yang dibintangi oleh Namron, Khoharullah Majid, Feiyna Tajudin, Fad Anuar, Azlan Komeng, Taiyuddin Bakar, Niezam Zaidi, Adam Shahz, Aeril Zafrel, Megat Shahrizal dan ramai lagi ini bakal dipertontonkan kepada khalayak antarabangsa bersama seleksi filem terpilih dari seluruh negara Asia.

TAHNIAH FILEM GERAN