FINAS ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada syarikat produksi serta studio animasi terkemuka negara, Les’ Copaque Production apabila saluran Youtube rasmi mereka berjaya mencecah 10 juta pelanggan (subscribers) sekaligus menjadikan saluran YouTube syarikat itu sebagai yang pertama dari Malaysia mencapai kejayaan itu. Dengan pencapaian itu, saluran itu layak menerima anugerah “Diamond Play Button” dari YouTube selepas sebelum ini menerima anugerah “Gold Play Button” untuk satu juta pelanggan dan “Silver Play Button” untuk 100,000 pelanggan. Saluran yang diwujudkan pada tahun 2009 itu memaparkan pelbagai harta intelek hasil keluaran syarikat ini seperti Upin & Ipin, Puteri, Pada Zaman Dahulu, DaDuDiDo dan yang terkini siri baharu berbahasa Inggeris bertajuk “Upin & Ipin The Helping Heroes”. Sehingga kini, saluran Les’ Copaque telah mencecah tontonan lebih 4 bilion.

1

2

3