FINAS ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada filem cereka tempatan, ‘Redha’ karya Tunku Mona Riza yang telah terpilih mewakili Malaysia sebagai Official Selection iaitu seleksi pilihan filem terbaik Asia ‘Best of The Fest’ di festival filem berprestij, Asian World Film Festival (AWFF). Bakal ditayangkan di seluruh dunia secara atas talian pada 7 dan 8 Ogos 2020, tayangan ekslusif ini diadakan oleh AWFF dengan kerjasama Ed Asner Foundation, badan NGO yang memupuk kesedaran mengenai autisme.
Terdahulunya, filem lakonan Nam Ron, June Lojong, Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Adik Harith Hadziq, Izzy Reef, Ruminah Sidek, Susan Lankester dan ramai lagi yang berinspirasikan kisah sebenar mengenai perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa dan keluarga di dalam membesarkan anak istimewa yang menghidap autisme ini telah berjaya merangkul 11 buah anugerah buat negara di pelbagai festival filem antarabangsa sejak dari tahun 2016.

TAHNIAH ‘REDHA’