FINAS ingin merakamkan ucapan tahniah kepada filem cereka tempatan iaitu ‘Two Sisters’ arahan James Lee yang terpilih mewakili Malaysia sebagai ‘Official Selection’ dalam kategori filem antarabangsa di 28th Golden Rooster and Hundred Flowers Film Festival yang berlangsung di Xiamen, Fujian, China dari 19-23 November 2019. Terdahulunya, filem terbitan Kuman Pictures lakonan Emily Lim dan Mei Fen pada tahun ini telah menembusi Udine Far East International Film Festival di Itali dan /slash Film Festival di Vienna, Austria selain telah mencipta kejayaan meraih anugerah Skor Muzik Asal Terbaik untuk Nick Davis di Festival Filem Malaysia ke 30 yang lalu.