‘DORM MELATI’ yang diarahkan oleh Eyra Rahman membariskan Aedy Ashraf, Ardell Ardyana, Julia Marin, Adam Shahz, Syaa Nasir, Aizat Hassan, Ikmal Amry, Zakaria Zahid dan Amreen Shukry ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 12 Januari 2017.

Ketika ditemui media semasa Pratonton dan Malam Gala Filem ini di MMCineplexes, e@Curve, Damansara, Kuala Lumpur, Mejar (K) David Teo, penerbit MiG Pictures Sdn Bhd melahirkan rasa teruja menantikan sambutan peminat filem tempatan terhadap Dorm Melati, yang merupakan filem ke -116 terbitan Metrowealth Movies. Tambahnya lagi, 2017 merupakan tahun yang baik kerana dua buah filem terbitannya iaitu Dorm Melati dan Love From Kampung menghiasi Sinema Malaysia pada Januari 2017.

Mengisahkan tentang 5 sahabat baik yang mengambil keputusan untuk bercuti sekaligus merasai summer camp di sebuah lokasi yang extreme dan mencabar, DORM MELATI menemukan mereka kepada kisah yang cukup tragis melalui watak Melati lakonan Julia Marin yang membunuh diri kerana diperkosa teman sekolejnya. Lantaran itu, Roh Melati seringkali menganggu ketenteraman pengunjung yang bercuti di teratak Dorm Melati yang berpenunggu. Apakah kesudahannya?. Nantikan Dorm Melati, yang akan menghantui seluruh Malaysia bermula 12 Januari 2017.

Majlis pratonton dan pelancaran filem Dorm Melati telah disempurnakan oleh Senator Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 10 Januari 2017 , disaksikan Mejar (K) David Teo, dan turut dihadiri YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah Finas, En Azmir Saifuddin Muthalib, Timbalan Ketua Pengarah Finas, Zahrin Aris, Ahli Perbadanan Finas, teman industri, dan rakan media.

© 2017 Finas Media, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia.