Kuala Lumpur, 27 Februari – Satu program ziarah kasih anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) telah diadakan sebagai tanda prihatin dan sokongan pihak kerajaan khasnya Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) terhadap golongan seni yang tidak berkeupayaan dan kurang bernasib baik.

Pernah popular dengan lagu Suci Dalam Debu dan Hakikat Sebuah Cinta, A.M Salim Abdul Majeed atau Saleem Iklim, 56, dilaporkan telah menerima rawatan selama beberapa hari di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, Kuala Lumpur akibat sakit kepala yang kronik berpunca dari ketulan darah beku di kepala kerana kekurangan oksigen.

YB Dato’ Sri Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melahirkan rasa simpati dan turut membuat sumbangan kebajikan bagi membantu meringankan beban. Turut hadir bersama YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, En. Rozaidi Jamil, Presiden Seniman, dan rakan-rakan media.

Kementerian Komunikasi Dan Multimedia
Persatuan Seniman Malaysia

The gallery was not found!