8 Mac 2016 – UTM-IRDA (MaGIC-X) telah mengunjungi Center Of Excellence FINAS di Petaling Jaya bagi sesi perbincangan untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam menjayakan Museum Of The Moving Image (MOMI). MaGIC-X adalah sebuah anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia yang  menyediakan perkhidmatan aplikasi SUNAR yang telah diguna pakai di Memorial Tun Abdul Razak baru-baru ini. Bahagian COE FINAS ingin menggunakan aplikasi tersebut semasa membangunkan MOMI nanti. Rombongan dari UTM terdiri dari Profesor Madya Dr. Mohd Shahrizal sebagai Pengarah MaGIC-X, Dr. Khairul Anwar Mohamed Khaidzir, Jabatan Senibena beserta dua orang dari MaGIC-X.irda1

Rombongan UTM-IRDA telah disambut oleh Azhar Kuyob, Jurutera Projek Khas, Mohd Hadi Hafiz, Ketua Unit MOMI , Mohd Azfar, Penolong Jurutera Kanan. Taklimat ringkas mengenai MOMI disampaikan oleh Mohd Hadi. Ianya meliputi perbincangan mengenai konsep dan rekabentuk Momi yang akan dibangunkan.irda2

Selepas sesi perbincangan mereka telah dibawa melawat lokasi yang akan dibangunkan MOMI, serta melihat peralatan-peralatan yang akan dipamerkan.