Hulu Kelang, 6 April 2015 – Seramai 42 orang pelajar Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) dari Fakulti Informasi dan Teknologi beserta dua pegawai pengiring telah mengunjungi FINAS. Seperti kelaziman, mereka dibawa melawat ke semua studio dan sedikit taklimat ringkas diberikan tentang kemudahan peralatan dan sewaan yang terdapat di FINAS.

Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai proses pengeditan serta kesan khas menggunakan kemudahan yang ada di FinasPost. Sesuai dengan jurusan yang diambil, pelajar ini sangat berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses-proses penyuntingan serta penggredan warna. Lawatan diakhiri dengan jamuan tengahari bertempat di cafeteria.

Teks : Nik Salwa Nik Mohamed Aman
Foto : Shahriman Jimin
Unit Komunikasi Korporat