Shah Alam, 11 Oktober – Pusat Kajian dan Apresiasi Filem telah menganjurkan program pembudayaan sinema dan jaringan ilmu iaitu Wayang@Budiman di Shah Alam menerusi slot ‘Bukan Bollywood’. Menampilkan filem arahan Lester James Peries, ‘Changes In The Village’ (1963), ia mengisahkan tentang sebuah konflik percintaan di antara keluarga kelas menengah dan kelas bawahan. ‘Changes In The Village’ merupakan filem mercu tanda sinema Sri Lanka yang terkeluar dari kepompong filem-filem melodramatik persis sinema India Selatan. Program yang diterajui Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) UiTM sebagai moderator ini telah dihadiri oleh para pensyarah, pelajar perfileman serta komuniti filem yang turut berkongsi perspektif mereka terhadap filem ini.