Shah Alam, 5 Julai – Pusat Kajian dan Apresiasi Filem menerusi Program Tayangan dan Bual Santai Wayang@Budiman di Shah Alam meneroka perspektif ilmu dan pembangunan apresiasi sinema menerusi slot Layaran Sempadan. Menampilkan sebuah filem arahan Euthana Mukdasanit, ‘Butterfly and Flowers’ (1985) yang pernah mendapat perhatian antarabangsa dengan memfokuskan tentang komuniti Muslim di selatan Thailand. Program yang diterajui Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) UiTM sebagai moderator ini telah dihadiri oleh pensyarah dan pelajar perfileman serta komuniti filem yang turut berkongsi pandangan dan perspektif mereka terhadap filem ini.