Kuala Lumpur, 24 April – YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS hari ini meluangkan masa menziarahi penulis dan editor hiburan, Akmal Abdullah di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital tengah hari tadi.

Akmal Abdullah yang dimasukkan ke hospital akibat komplikasi buah pinggang sejak seminggu lalu merupakan seorang penulis dan editor berpengalaman yang banyak membantu industri hiburan melalui karya penulisannya selama hampir 23 tahun.

Turut hadir sama mengiringi YBhg Dato’ Fauzi dalam ziarah kasih ialah En. Mohamad Syimir Alfi Zahari, Ketua Penolong Pengarah Komunikasi Korporat.

ziarah 1

ziarah 2

ziarah 3

ziarah 4