Kuching, 26 April- Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke 30 (FFM30), One Two Jaga arahan Nam Ron terus diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila menembusi lima kategori, Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (Nam Ron), Lakonlayar Terbaik (Amri Rohaiyat, Fared Ayam and Nam Ron), Pelakon Lelaki Terbaik (Dr. Rosdeen Suboh) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Amerul Affendi) di festival filem berprestij dwitahunan, Asean International Film Festival & Awards (AIFFA) 2019 yang berlangsung dari 25-27 April di Kuching, Sarawak. Untuk kategori Filem Terbaik, ‘One Two Jaga’ terbitan Pixel Play Entertainment akan bersaing dengan empat filem ASEAN lain iaitu Ave Maryam/Indonesia, Signal Rock/Philippines, Mi/ Myanmar dan Like An Old House/Vietnam.

Mempertaruhkan 9 kategori dengan penyertaan 29 filem yang disenarai pendek dari seluruh rantau Asia Tenggara, filem-filem lain dari Malaysia turut cemerlang apabila menembusi pencalonan akhir beberapa kategori utama yang lain seperti Remy Ishak/Pelakon Lelaki Terbaik (Pulang), Sangeeta Krishnasamy/Pelakon Wanita Terbaik (Adiwiraku), Quek Shio Chuan/Penyunting Terbaik (Guang) manakala filem Shuttle Life meraih dua pencalonan untuk Tan Seng Kiat & Chris Leong/Lakonlayar Terbaik serta Chen Ko-chin/Sinematografi Terbaik. Kesemua pemenang akan diumumkan pada malam gala yang akan berlangsung pada 27 April 2019.

Senarai Pencalonan Akhir AIFFA 2019:

1.Penyunting Terbaik

1. Rina 2 – Brunei
2. Tengkorak – Indonesia
3. Ave Maryam – Indonesia
4. Guang – Malaysia
5. Song Lang – Vietnam

2. Sinematografi Terbaik

1. “Na Gyi” Mi – Myanmar
2. “Ipung Rachmat Syaiful” 27 Steps of May – Indonesia
3. “Bob Nguyen” Song Lang – Vietnam
4. “TM Malones” Baconaua – Philippines
5. “Chen Ko Chin” Shuttle Life – Malaysia

3. Lakonlayar Terbaik

1. 27 Steps of May – Indonesia
2. Crossroads: One Two Jaga – Malaysia
3. Shuttle Life – Malaysia
4. Signal Rock – Philippines
5. Song Lang – Vietnam

4. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

1. “Khouan Souliyabapha (Mina)” Rina 2 – Brunei
2. “Julie Tan” Wonder Boy – Singapore
3. “Eisaya Hosuwan” Bad Genius – Thailand
4. “Barbara Miguel” 1-2-3 (Gasping for Air) – Philippines
5. “Nattatida Damronhvisetpanit” Memories of New Years – Laos

5. Pelakon Wanita Terbaik

1. “Sangeeta Krishnasamy” Adiwiraku – Malaysia
2. “Maudy Koesnaedi” Ave Maryam – Indonesia
3. “Paing Phyoe Thu” Mi – Myanmar
4. “Elora Espano” Signal Rock – Philippines
5. “Raihaanun” 27 Steps of May – Indonesia

6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

1. “Amerul Affendi” Crossroads: One Two Jaga – Malaysia
2. “Verdi Soleiman” 27 Steps of May – Indonesia
3. “Isaac” Song Lang – Vietnam
4. “Ronwaldo Martin” Bhoy Intsik – Philippines
5. “A Linn Yaung” Shwe Kyar (Golden Lotus) – Myanmar

7. Pelakon Lelaki Terbaik

1. “Chicco Jerikho” Ave Maryam – Indonesia
2. “Rosdeen Suboh” Crossroads: One Two Jaga – Malaysia
3. “Kristoffer King” Kristo – Philippines
4. “Remy Ishak” Pulang – Malaysia
5. “Shafiee Mostar” Hari Minggu Yang Ke-4 – Brunei

8. Pengarah Terbaik

1. “Joseph Israel Laban” Baconaua – Philippines
2. “Leon Le” Song Lang – Vietnam
3. “Chito Rono” Signal Rock – Philippines
4. “Ertanto Robby Soediskam” Ave Maryam – Indonesia
5. “Nam Ron” Crossroads: One Two Jaga – Malaysia

9. Filem Terbaik

1. Crossroads: One Two Jaga – Malaysia
2. Ave Maryam – Indonesia
3. Signal Rock – Philippines
4. Mi – Myanmar
5. Like An Old House – Vietnam