Kuala Lumpur, 12 Januari – Kuala Lumpur Film School (KLFS) dengan kerjasama Kelab Dokumentari Malaysia (DokMa) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah berkerjasama hari ini di dalam penganjuran program perkongsian ilmu dan pembangunan apresiasi sinema, Bicara Filem KLSF: Siri Apresiasi Dokumentari yang diterajui oleh pengarah dan karyawan filem, U-Wei Hj Saari di KLFS, Wangsa Melawati.

Menampilkan genre fiksyen doku bertajuk Man of Aran arahan Robert J. Flaherty yang menceritakan liku cabaran kehidupan dan elemen-elemen semula jadi di kepulauan Aran, Ireland, ini membina satu ‘signature’ bagi ‘ethnofiction’ yang memberi impak sinematik kepada pembikinan dan penontonan filem dokumentari.

Terdahulu, filem ini telah memenangi Anugerah ‘Best Foreign Film’ dan ‘Top Foreign Films’ di National Board of Review, USA pada tahun 1934 serta merangkul ‘Mussolini Cup’ untuk ‘Best Foreign Film’ di Venice Film Festival 1934.

Turut hadir pada program Bicara Filem ini En. Zaki Hj Abdul Rahim, pensyarah filem dan penerbit dokumentari yang turut hadir menjadi panelis di dalam sesi perkongsian ilmu hari ini, para karyawan filem dan penggiat industri, pensyarah dan pelajar perfileman serta khalayak filem.