Kuala Lumpur, 24 Julai-Di dalam aspirasi pembangunan industri filem melalui strategi pemerkasaan ekonomi kreatif, FINAS telah mengadakan pertemuan dan perbincangan strategik dua hala melalui YBhg. Dato’ Hans Isaac, Pengerusi FINAS dan YBrs. En. Aria Putera Ismail, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME) Bank hari ini. Selain perkongsian input berkaitan aspek polisi, galakan, pembiayaan dan pelaburan industri oleh intitusi perbankan, pertemuan turut menjana cadangan potensi kerjasama strategik di antara kedua-dua belah pihak. Turut hadir ialah YBrs. En. Mohammad Hardee Ibrahim, Ketua Pegawai Perbankan SME Bank dan YBrs. En. Hamdan Mohd Habibollah, Naib Presiden Pengurusan Portfolio SME Bank.