Cheras, 10 Januari – Pengerusi FINAS, YBhg Dato’ Samsuni Mohd Nor hari ini meluangkan masa menziarahi anak dan keluarga Allahyarham Mior Ahmat Zaudi di Taman Sri Cheras Jaya, tengah hari tadi. Allahyarham Mior Ahmat Zaudi merupakan pelakon drama televisyen di era 1990-an meninggal dunia pada 1 Januari lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat masalah jantung dan pendarahan otak.

Dalam sesi ziarah kasih tadi, Dato’ Samsuni turut menghulurkan sumbangan kebajikan kepada keluarga Allahyarham. Turut hadir bersama ialah Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, En. Khairul Azhar (Nik) Abu Bakar, Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteren Malaysia (PKAVM), En. Rahim Jailani, Ketua Penolong Pengarah Komunikasi Korporat, En. Mohamad Syimir Alfi Zahari, ahli-ahli persatuan dan rakan-rakan media.