FB_IMG_1635590448317
#LensaFINAS
#RetrospektifSinema
#AudioVisualHeritage

Bersempena sambutan Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2021, FINAS mempersembahkan program Retrospektif dengan tayangan eksklusif filem dokumentari ‘Valley of Hope’ (1955) terbitan Malayan Film Unit (kini FINAS) arahan Peter Amavasi. Sebuah filem tentang usaha kerajaan membasmi dan merawat penyakit kusta di Penempatan Pusat Kawalan Sungai Buloh berhampiran Kuala Lumpur, dokumentari ini menggambarkan kemajuan dan harapan dalam usaha merawat penyakit kusta, sejak pengenalan ubat baru dan berkesan yang dikenali sebagai Sulphone yang diberikan kepada pesakit.

Berjaya memenangi dua anugerah khas berkaitan perancangan dokumentari dan tema kemanusiaan di 3rd Asia Pacific Film Festival, Hong Kong, filem ini juga telah mewakili Malaya pada tahun 1956 di 10th International Edinburgh Film Festival & 1st Irish International Film Festival, Cork di United Kingdom. Jom tonton filem ini secara eksklusif hanya di saluran YouTube FINAS Malaysia pada 28 Oktober 2021 (Khamis) jam 5.00 petang. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di https://youtube.com/c/FinasMalaysiaMY

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua