Sekalung tahniah buat filem ‘Redha’ ataupun ‘Beautiful Pain’ (2016) arahan Tunku Mona Riza yang terpilih sebagai ‘Official Selection’ di MINDS Film Festival 2020 yang akan berlangsung dari 15-19 Januari 2020 ini di Singapura. Membuka tirai festival untuk tayangan eksklusif bersama komuniti di dua buah lokasi pada 10 & 11 Januari, Redha bersama enam karya lain dari Amerika Syarikat, Hong Kong, Itali, Korea and Sepanyol ini memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan serta dukungan buat insan kelainan upaya dan istimewa melalui medium sinema. Terdahulunya, filem lakonan Nam Ron (Pelakon Lelaki Terbaik FFM29), June Lojong (Pelakon Wanita Harapan FFM29), Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Adik Harith Hadziq (Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM29), Izzy Reef, Ruminah Sidek, Susan Lankester dan ramai lagi yang berinspirasikan kisah sebenar mengenai perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa dan keluarga di dalam membesarkan anak istimewa yang menghidap autisme ini telah berjaya merangkul 11 buah anugerah buat negara di pelbagai festival filem antarabangsa.

3

2

1