MAIN

KUCHING, 27 Mac 2016. Filem kenegaraan, Kanang Anak Langkau:The Iban Warrior terbitan Tangan Seni dan FINAS dengan kerjasama Kementerian Pertahanan Malaysia arahan Bade Hj Azmi telah menemui penonton di Kuching, Sarawak melalui satu tayangan khas di pawagam GSC City One Megamall di sini tadi.

Filem dari kisah benar yang mengangkat perjuangan pahlawan Iban dan tokoh tentera, Mendiang Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau initelah dirasmikan oleh YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Beliau menyatakan rasa terharu dan teruja dengan penerbitan filem ini yang julung-julung kalinya mengangkat ketokohan perajurit ATM, Mendiang Datuk Kanang di dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Dalam pada itu, Pengerusi FINAS, Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib melahirkan kepentingan filem kenegaraan di dalam membina jatidiri dan keampuhan bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Beliau turut menyeru sokongan pihak kerajaan negeri, agensi kerajaan dan NGO bagi program merakyatkan filem di seluruh Malaysia khususnya di luar bandar. Turut hadir bersama di program ini ialah YB Tan Sri Datuk Amar Hj Mohamad Morshidi, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Dato’ Kamil Othman, Ketua Pengarah FINAS, Datuk Yusof Haslam,Timbalan Pengerusi Finas, ahli-ahli perbadanan, penerbit En.Zainal Fikri, barisan pelakon, anggota ATM serta pihak media.

kanang2kanang3kanang4

Ikuti laman web rasmi www.finas.gov.my
Twitter : @FinasMy
Instagram : FinasMalaysia