Sekalung tahniah buat filem cereka tempatan bergenre aksi ‘Kill-Fist’ arahan James Lee yang menembusi pencalonan akhir bagi kategori ‘Best International Feature’ di 5th South Texas International Film Festival 2019 di Amerika Syarikat yang berlangsung dari 4-7 September 2019. Bersaing bersama empat filem antarabangsa yang lain, filem yang memaparkan aksi pertarungan yang dibintangi Sunny Pang, Alan Yun, Koe Yeet, Mike Chuah dan Pearlly Chua ini terdahulunya berjaya meraih 3 anugerah (Runner-Up) di 15th Action on Film Megafest 2019 di Las Vegas untuk Bintang Aksi Lelaki (Sunny Pang), Soundtrack Filem (Nick Davis) dan Koreografi Aksi Terbaik (Lau Chee Hong). Filem ini juga terpilih sebagai ‘Official Selection’ mewakili negara di Cambodia International Film Festival pada tahun ini.

James Lee