Sekalung tahniah dan syabas kepada Les’ Copaque Production Sdn.Bhd. kerana telah memenangi Anugerah ‘Golden Wing Award’ untuk kategori ‘Best Animation of the Year’ di ‘Animation Game Industry Annual Conference & Anime Beijing Awards’, China melalui filem cereka animasi, Upin dan Ipin : Keris Siamang Tunggal. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Les Copaque Production Sdn. Bhd.

Terdahulunya, filem ini turut tersenarai sebagai seleksi awal penyertaan bersama 32 calon lain dari seluruh dunia bagi kategori Filem Cereka Animasi Terbaik pada Anugerah Academy ke-92 selain mencipta kejayaan pada Festival Animasi Antarabangsa (Animaze) di Montreal, Kanada apabila memenangi Filem Cereka Animasi Terbaik dan turut mewakili negara untuk bersaing pada kemuncak Asian Academy Creative Awards 2019 bagi kategori Filem Cereka Terbaik yang bakal berlangsung pada 5 Disember ini di Singapura.

\