Putrajaya, 3 Julai – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini berbesar hati menyambut dan mengalu-alukan kedatangan YB Tuan Eddin Syazlee Shith yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkuatkuasa 2 Julai 2018, semalam. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah secara rasmi hadir ke Kompleks KKMM pagi tadi telah disambut mesra oleh YBrs. Tuan Shakib Ahmad Shakir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dan barisan pengurusan tertinggi KKMM.

Turut hadir dalam sesi sambutan ialah YBhg. Dato’ Hj Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia dan pegawai-pegawai KKMM.