Sekitar Program Masterclass Animation & VFX yang telah dianjurkan oleh KRU Academy bersama FINAS. Program pembangunan modal insan dan sinergi industri melalui pemerkasaan bidang animasi dan VFX yang berlangsung selama satu bulan bermula 27 November – 22 Disember 2017 ini dihadiri seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada para penggiat industri termasuk pensyarah bidang animasi di Kolej Vokasional.

Tenaga pengajar utk minggu kedua ini ialah En. Muhammad Amirul Razali yg juga Ketua Unit Animasi 3D di KRU Academy dengan silibus berkaitan props modelling, texturing, character blocking dan character key animation.