DOKUMEN YANG PERLU DIKEMBALIKAN

SEMASA MEMBUAT TUNTUTAN BALIK DEPOSIT

1. 3 salinan borang tuntutan balik deposit (Isi dengan lengkap).
2. Resit asal deposit.
3. Lesen asal terakhir (tidak melebihi 3 bulan habis tempoh sah dari tarikh tamat tempoh lesen).
4. Surat Akuan dari Pesuruhjaya Sumpah sekiranya resit asal bayaran deposit atau lesen asal hilang
5. Borang maklumat perniagaan dan pemilik masa kini daripada SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) (Berkaitan Tutup Perniagaan / Aktiviti).
6. Salinan petikan RESOLUSI SYARIKAT yang disahkan oleh ‘Company Secretary’ (Berkaitan Tutup Perniagaan / Aktiviti) dan ditandatangani oleh sekurang-kurangnya dua  Pengarah Syarikat.
7. Salinan Kad Pengenalan depan belakang termasuk semua Rakan Kongsi.
8. Bayaran tunggakan lesen sebanyak RM                     kerana lesen terakhir telah tamat tempoh sah pada                        .  Bayaran hendaklah dijelaskan melalui tunai / Bank Draf atau Kiriman Wang atas nama FINAS.
9. Salinan Penyata Akaun Bank Syarikat (Bagi Syarikat Sdn. Bhd.) dan Penyata Akaun Bank Pemilik (Bagi Syarikat Tunggal / Perkongsian)
10. Bagi pemilik yang telah meninggal dunia Surat Pengesahan Waris dari Amanah Raya Berhad perlu dikemukakan.

Mengikut peraturan 10 (1)(a) Peraturan-peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) 1983 (Pindaan 1985), deposit yang dibayar kepada Perbadanan hendaklah dianggap terlucut hak jika tiada permohonan bagi pembayaran balik dibuat selepas tiga bulan habis tempoh lesen.

Sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut, sila hubungi
Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka
Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor.
No. Tel    : 03-4104 1300 / 03-4104 1360 / 03-4104 1325
No. Faks : 03-4104 1334

* Untuk mendapatkan borang tuntutan bayaran balik deposit , sila klik butang di bawah.

* Muat turun senarai dokumen yang perlu dikembalikan , sila klik butang di bawah.

Last Update 12/10/2017 11:31 AM