#LensaFINAS
Hulu Kelang, 8 November 2022 – YBrs. Prof Dr. Md Nasir bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS mempengerusikan mesyuarat bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang diadakan di ibu pejabat FINAS.
Antara yang dibincangkan adalah tentang isu royalti filem yang perlu diteliti bagi menjaga kepentingan pelakon, penerbit, pengarah dan mereka yang terlibat dalam industri kreatif tanah air serta kerjasama strategik yang berterusan antara FINAS dan MyIPO.
Turut hadir YBrs. Pn. Rozita Waty Ridzuan, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), YBrs. En. Kuljit Singh a/l Oljagar Singh, Pengarah Bahagian Hak Cipta, pegawai-pegawai kanan FINAS dan pegawai kanan MyIPO.
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
3