ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Sukacitanya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sekali lagi telah dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai Badan Peneraju Industri / Industry Lead Body (ILB) bagi industri Kandungan Kreatif pada tahun 2019.

2. Objektif program ini adalah untuk menggalakkan persijilan pekerja mahir yang berpengalaman dan meningkatkan bilangan professional di dalam bidang industri Kandungan Kreatif. Oleh yang demikian, satu program Promosi Sijil Kemahiran Malaysia – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 13 November 2019 (Rabu)
Masa : 2.45 petang
Tempat : Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS Hulu Kelang

Melalui program persijilan SKM-PPT pada tahun 2019 ini, Finas akan membuka peluang dan tempat untuk 200 pendaftaran SKM-PPT secara PERCUMA kepada penggiat-penggiat industri kreatif dan ianya adalah merupakan persijilan yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Mohon tuan / puan untuk menyemak bidang-bidang yang ditawarkan melalui pautan berikut:

https://s.docworkspace.com/docs/3nGp1k41H

Finas melalui Unit Latihan Industri akan mengedarkan borang pendaftaran SKM-PPT secara percuma selepas program selesai dijalankan. TAWARAN ADALAH TERHAD! Mohon semua dijemput hadir.

Terima kasih.