Ipoh, 27 Julai – Di dalam insiatif menghubung rakyat dan membina masyarakat bermaklumat, bersempena Sambutan Hari Telekomunikasi Sedunia dan Masyarakat Berinformasi Sedunia, FINAS melalui Bahagian Pemasaran, Bahagian Kreatif dan Teknikal, Bahagian Khidmat Pengurusan serta Unit Mediatheque telah berganding bahu menyertai Program Kembara Digital Malaysia anjuran KKMM, di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak yang berlangsung pada 27 dan 28 Julai 2019.

Di antara pengisian program yang diadakan sepanjang dua hari tersebut telah memberi fokus kepada pembangunan komuniti filem di kalangan masyarakat setempat melalui komponen modal insan, promosi dan pendidikan di booth FINAS termasuklah #EksplorasiSinema melalui Interaktif Gaming Kahoot, #PromoSinema melalui promosi filem Boboiboy 2, #LensaFINAS melalui aktiviti pembangunan khazanah filem melalui Industri MOMI Showcase, Mediateaque dan tayangan filem dokumentari terbitan FINAS. Turut bersama-sama hadir menyokong program di booth FINAS ialah pelakon, Bell Ngasri yang berkongsi pengalamannya melalui program #SembangSkrin selain jaringan bakat komuniti menerusi #LensaSkrin.

Program yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan Negeri, YB Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang mewakili Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu turut dihadiri oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri KKMM, YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKMM, YBrs. Encik Al-Ishsal Ishak, Pengerusi SKMM, Puan Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif MDeC dan YBrs. Encik Shakib Ahmad Shakir, Timbalan Ketua Setiausaha KKMM.