Damansara, 27 November – Di dalam aspirasi pembangunan modal insan dan pemerkasaan potensi bakat penggiat kreatif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) dan Summit Features Sdn Bhd (SFSB) menganjurkan “Rising Of Advanced Technology In Entertainment And Life Sciences Focusing On Vicon Motion Capture Workshop” bermula hari ini sehingga esok di Hotel Royal Chulan, Damansara.

Di bawah inisiatif ‘Pembangunan Inkubasi Bakat’, program eksplorasi ilmu secara interaktif ini memfokuskan teknik ‘motion capture’ terbaru yang digunapakai serata dunia melalui kaedah ‘hands on’ kepada para peserta untuk menimba pengalaman mengendalikan sistem ‘motion capture’. Selain itu, bengkel ini juga memberi ruang perkongsian tentang pengetahuan dan skil-skil penggunaan ‘motion capture’ dalam pelbagai bidang oleh Dr. Kim Rachel Duffy, Pengurus Produk Sains Kehidupan Vicon, Katie Davies, Jurutera Hiburan Vicon, Dr. Aaron Chin, Jurutera Sokongan Kanan, Bahagian Asia Pasifik Vicon dan Kris Kamaruddin, Pakar Animasi, Studios Asia Pacific.

Turut hadir ialah para penerbit, pengarah, kru animasi filem, penggiat seni, dan jemputan lain.