KUCHING (12 MAC 2016) : Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini telah merasmikan program pembangunan modal insan, CILL #EKSPRESIF di ruang pameran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sempena program Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Program CILL (Creative Industry Lifelong Learning Program) dengan tema #EKSPRESIF (Ekspresikan Kreativiti Untuk Semua Peringkat Generasi Progresif) adalah inisiatif kerajaan dan FINAS dilantik sebagai agensi peneraju bagi generasi muda yang berbakat melalui latihan dan pembelajaran di dalam bidang kandungan kreatif.
Penjenamaan program CILL dengan tema #EKSPRESIF ini adalah manifestasi kepada suara generasi belia progresif yang mampu menterjemahkan daya kreativiti mereka melalui penajaan geran pembelajaran berteraskan teknikal dan vokasional di dalam bidang kandungan kreatif. Melihat kepada potensi industri ini yang mampu menjana perolehan secara langsung sehingga RM7.2 bilion setahun dan boleh mewujudkan 50, 000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020, Kerajaan melalui FINAS komited menyediakan geran seumpama ini bagi membantu generasi muda mendapatkan sijil atau diploma di dalam bidang kandungan kreatif seperti kesan visual, penulisan skrip, pengarahan, rekaan animasi dan lain-lain yang bersesuaian. Untuk tujuan ini, FINAS akan menjelajah seluruh Malaysia bagi mempromosi kepada pemohon-pemohon yang berminat berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan sekiranya berjaya, mereka akan ditaja dengan geran pembelajaran dan latihan secara formal di institusi pengajian terpilih di dalam negara.
Program CILL menawarkan geran untuk penggiat industri, mereka yang tidak mempunyai pengalaman terdahulu yang berminat untuk mendapatkan persijilan formal dalam bidang kandungan kreatif. Maklumat lanjut boleh dilayari melalui laman web www.cill.my.cill1cill2 cill4cill3
Bahagian Komunikasi Korporat FINAS
12 Mac 2016