Kuala Lumpur, 25 Mac- Dato’ Norman Abd Halim telah mendapat mandat majoriti ahli sebagai Presiden baru bagi menerajui kepimpinan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) sesi 2017/2019 ketika pemilihan di Mesyuarat Agung Tahunan PFM ke-35 di Hotel Hilton Sentral, Kuala Lumpur hari ini.

Mesyuarat tersebut yang dirasmikan Pengerusi FINAS, YB Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib pada sebelah pagi telah dihadiri oleh ahli-ahli berdaftar PFM merangkumi para penerbit filem tempatan. ” Kerajaan melalui FINAS sentiasa bekerjasama erat dengan para penerbit filem melalui suara PFM di dalam menangani cabaran-cabaran industri seiring dengan transformasi landskap industri filem global terutama dari segi dasar dan halatuju, teknologi dan inovasi, pembikinan, sistem penyampaian, medium penontonan, pemasaran dan promosi dan impak sosio ekonomi dan budayanya” ujar beliau lagi sambil mengucapkan syabas kepada barisan kepimpinan terdahulu dan yang baharu di atas sinergi dua hala bersama FINAS demi pembangunan industri.

Senarai barisan kepimpinan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) 2017/2019 yang telah terpilih adalah seperti berikut:

Presiden : Dato’ Norman Abd.Halim
Timbalan Presiden : Datin Paduka Shuhaimi Baba
Naib Presiden : Tn Hj. Burhanuddin Md Radzi
Bendahari Kehormat: Encik Pansha
Setiausaha Kehormat : En. Zahrin Aris
Penolong Setiausaha Kehormat : Cik Najwa Abu Bakar
Pemeriksa Kira-kira : Cik Lina Tan
AJK Ahli Biasa :

1) Datuk Yusof Haslam
2) Dato’ Ahmad Izham Omar
3) Dato’ Nancie Foo
AJK Ahli Bersekutu :
1) Pn. Hasniza Nordin
2) Datin Zaiton Mohd. Jiwa

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)