Filem seram Pengabdi Setan menjadi filem Indonesia paling laris di Malaysia apabila sudah mencatat kutipan panggung lebih RM4.8 juta selepas ditayangkan sejak 23 November lalu. Untuk rekod, filem Indonesia paling laris di Malaysia sebelum ini dipegang oleh filem Ada Apa Dengan Cinta? 2 yang mencatat kutipan panggung sebanyak RM4.6 juta.