Kampar, 1 April- Di dalam insiatif menghubung rakyat dan membina masyarakat bermaklumat, FINAS melalui Bahagian Pemasaran, Bahagian Kreatif dan Teknikal, Bahagian Khidmat Pengurusan serta Unit Mediatheque telah berganding bahu menyertai Program Kunjungan Kembara Jalinan Kasih Strategi Lautan Biru Kebangsaan – Menghubung dan Menyatu (NBOS-CTU) anjuran KKMM, di SMK Kampar, Perak yang berlangsung pada 31 Mac dan 1 April 2018.

Di antara pengisian interaktif yang diadakan di booth FINAS termasuklah eksplorasi bakat, pameran organisasi dan perkhidmatan merangkumi teknologi audio visual dan khazanah ilmu, kuiz perfileman selain tayangan dokumentari terbitan FINAS. Turut bersama-sama hadir menyokong program di booth FINAS ialah pelakon muda, Chacha Maembong.

Sementara itu, FINAS melalui tenaga produksi Bahagian Kreatif dan Teknikal turut membuat liputan bagi program Connecting the Unconnected (CTU) yang merupakan inisiatif dan aspirasi kerajaan di transformasi penyampaian perkhidmatan melalui jaringan pembangunan telekomunikasi dan internet ke kawasan-kawasan pedalaman yang tidak terhubung. Program yang dirasmikan Timbalan Menteri Kewangan II, Senator Datuk Lee Chee Leong ini turut dihadiri En Shakib Ahmad Shakir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKMM, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Dato Hj Ibrahim Abd. Rahman dan Dato’ Shamsuni Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan KKMM.