Bagi mengimarahkan lagi sambutan Ramadhan Mubarak 2017, FINAS melalui Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan telah mengadakan Program Ihya’ Ramadhan 1438H bertempat di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS Hulu Kelang. Program ceramah bertajuk “Ramadhan Yang Berkat” ini dikendalikan oleh YBhg. Ustaz Idzhar Jumali, yang juga merupakan vokalis kumpulan Nowseeheart.

.