Hulu Kelang, 26 Mei 2015 – Satu sesi sidang media berkenaan Festival Filem Johor Bahru 2015 telah diadakan bertempat di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS. Majlis yang dihadiri oleh beberapa penggiat industri dan media tempatan telah bermula pada jam 11.00 pagi dan FINAS telah diwakili oleh YBhg. Dato Fauzi Ayob selaku Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Korporat yang mewakili YBhg Ketua Pengarah FINAS untuk membuat ucaptama pada majlis tersebut.

Festival Filem Johor Bahru 2015 bakal diadakan di MAP Nusajaya, Johor Bahru adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada generasi muda berkarya sejajar dengan perkembangan Kandungan Industri Kreatif. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengasas Pertubuhan Seni Persembahan Negeri Johor bagi memenuhi slot sesi soal jawab.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan tengahari bertempat di Concourse FINAS.

 

Teks        : Nik Salwa Nik Mohamed Aman
Foto:       :  Urusetia FFJB