Sekitar lawatan Jawatankuasa Skim Wajib Tayang ke Pawagam Times Cineplex Empire Hotel & Country Club, Times Cineplex Times Square dan Time Cineplex Gadong di Negara Brunei Darussalam pada 2 Julai 2019. Lawatan kerja yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri ini turut disertai Timbalan Ketua Pengarah Produksi & Teknikal FINAS, Tn. Hj Abd Khalid Maulod, Pengerusi Skim Wajib Tayang, En. Onn Norshal Hamzah, Presiden PFM, En. Panchacharam A/L P.Naliah, dan wakil MAFE, En. Mior Ayob. Lawatan kerja ini adalah untuk memperkasakan sektor pemameran filem melalui aspek jaringan industri bersama wakil pawagam di Brunei Darussalam yang turut menyokong tayangan filem tempatan. Lawatan ini akan diteruskan di seluruh negeri Sarawak sehingga 6 Julai 2019.