Petaling Jaya, 28 November – Seramai 45 orang pelajar termasuk seorang pensyarah pengiring, Puan Bebbra Mailin daripada Fakulti Filem, Teater Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Puncak Perdana berpeluang menyertai Program Integrasi Ilmu dan Sinergi Industri di Kompleks FINAS Petaling Jaya pagi tadi. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan makluman berkaitan Museum of Moving Image (MOMI), Mediatheque dan E-Heritage selain daripada perkongsian maklumat berkaitan fungsi FINAS dalam memajukan industri kreatif negara di peringkat antarabangsa. Selain daripada itu, para peserta program juga turut berpeluang melihat dengan lebih dekat pameran peralatan perfileman serta berkunjung ke Negatif Room dan Makmal Warna P. Ramlee bagi mendalami pengetahuan dalam bidang restorasi bahan digital.

Majlis juga dimeriahkan dengan taklimat ringkas mengenai fungsi FINAS oleh Encik Mohd Zakri Zakaria, Penolong Pengarah Mediatheque, sesi perkongsian dan soal jawab mengenai FINAS dan sesi fotografi.