Lembaran tahun 2020 yang bakal melabuhkan tirai dalam beberapa jam lagi pastinya memberikan pelbagai peristiwa dan memori suka dan duka yang tersendiri. Bermacam-macam kenangan dilalui setiap individu dalam menjalani kehidupan seharian yang sudah semestinya sukar untuk dilupakan.

Sepanjang 365 hari pada tahun ini, norma kehidupan kita semua berkisarkan tentang pandemik Koronavirus (COVID-19) baik di Malaysia, ataupun di seluruh dunia.
Menjengah awal tahun ini, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan fasa perintah kawalan gerakan di seluruh negara.

Mula dikuatkuasakan pada 18 Mac, ia telah mengubah cara, corak dan lanskap kehidupan kita meliputi aspek politik, ekonomi, kesihatan, sosio budaya, pelancongan, industri kreatif, perkhidmatan dan lain-lain.

FINAS menerusi bidikan lensa foto jurugambarnya telah merakamkan momen warna warni yang telah berlaku sepanjang norma baharu tahun 2020 ini.

foto dan teks: Rafi Rahman

LENSA NASIONAL: CITRA NORMA BAHARU 2020
Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam mengimbas suhu badan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada waktu awal pagi sebelum memasuki dewan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim, Perak pada 15 Ogos 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (2)
Seorang kontraktor menyembur cecair pembasmi kuman ketika melakukan kerja-kerja pembersihan dan proses sanitasi bagi membuat persediaan untuk pembukaan semula panggung wayang di Pawagam Golden Screen Cinema (GSC), Kuala Lumpur, 1 Julai 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (3)

Seorang pekerja restoran mengambil pesanan makanan pelangggannya dengan memakai pelitup muka bagi mematuhi prosedur operasi standart (SOP) di Restoran Big Tree, Kuala Lumpur, 26 Jun 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (4)
Sebahagian krew produksi melakukan penggambaran promo dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah wabak COVID-19 di Studio Ho Ah Loke, FINAS Ulu Kelang, Selangor pada 13 November 2020. Promo pesanan khidmat masyarakat terbitan FINAS dengan tajuk ‘Sentuhan’ mengambil pelakon Fimi Don sebagai watak utama. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (5)
Dua pekerja sedang melapah daging lembu dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah wabak COVID-19 di salah satu pusat penyembelihan lembu di Rawang, Selangor pada 2 Ogos 2020. Permintaan daging lembu meningkat sebanyak 70 peratus ketika menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (6)
Anggota Polis Diraja Malaysia bersama Tentera Malaysia ketika bertugas melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) pada tinjauan pelaksana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 20 April 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (7)
Seorang pekerja melintasi kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada pelaksana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 13 Mei 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (8)
Seorang warga tempatan melepasi pintu hadapan Tokong Po Ling, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 20 April 2020.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia semua tempat ibadat di seluruh Malaysia ditutup buat sementara waktu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (9)

Seorang pekerja warga asing memakai pelitup muka ketika melintasi dihadapan Bangunan Sultan Abdul semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur pada 21 April 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (10)
Seorang petugas pembersihan menyapu sampah berlatar belakang Masjid Jamek yang menjadi tempat tarikan pelancongan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ketiga di Kuala Lumpur pada 20 April 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (11)
Sebahagian pelajar Tingkatan Lima melalui proses awal seperti beratur mengambil bacaan suhu badan dan memakai pelitup muka dengan mengikuti prosedur operasi standart (SOP) sebelum memasuki bilik darjah sempenaPerintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh, Selangor pada 25 Jun 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (12)
Sebahagian fakir miskin dan penduduk setempat yang kurang bernasib baik berbaris dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial ketika mengambil daging kurban pada sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Nurul Ehsan Kg Medan, Petaling Jaya, Selangor pada 2 Ogos 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (13)
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan bertanyakan khabar kepada salah seorang penerima bantuan Warga Kurang Upaya (OKU) pada Majlis Pengurniaan Rumah Wilayah Prihatin di Kompleks Komuniti Muhibbah, Bukit OUG, Kuala Lumpur, 10 September 2020. Turut hadir Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Mainunah Iskandariah. Seramai 54 penerima bantuan terdiri daripada miskin tegar yang menyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau Perumahan Awam DBKL sebelum ini kini memiliki rumah sendiri dengan lebih selesa. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (14)
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membaca skrip sebelum melakukan penggambaran promo Sambutan Hari Kemerdekaan di Bangunan Perdana Putra pada 24 Julai 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (15)
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah (dua,kanan) bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun (tiga,kiri) dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Ras Adiba Mohd Radzi (tiga,kanan) melakukan raptai sebelum penggambaran promo Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sedunia di Wisma Bernama pada 2 Disember 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (16)

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Zakaria Abdul Hamid berjalan ketika masuk ke dewan pada Majlis ‘Interaction with Industry-Post Covid19 Era’ di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur, 22 September 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (17)
Ketua Pengawai Eksekutif FINAS, Dr Ahmad Idham Mohd Nadzri (tengah) ketika membuat persiapan sebelum bersiaran secara langsung pada program Ruang Bicara di Wisma Berita, Kuala Lumpur, 17 Ogos 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (18)
Seorang pekerja restoran menyemburkan sanitasi kepada pelanggannya sebelum memasuki restoran sebagai langkah pencegahan wabak COVID-19 di di salah satu restoran di Kuala Lumpur, 26 Jun 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (19)

Orang ramai beratur dengan melakukan penjarakan sosial serta mengikuti prosedur operasi standart (SOP) sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum memasuki pusat membeli belah MYDIN, di Subang, Selangor pada 4 April 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (20)
Foto kolaj pelbagai reaksi wajah pelajar tingkatan lima memakai pelitup muka sebagai langkah mengekang penularan wabak COVID-19 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh, Selangor, 25 Jun 2020. Sekolah mula dibuka hanya untuk pelajar tingkatan lima dan enam setelah ditangguh lebih tiga bulan susulan pandemik COVID-19. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (21)
Kelihatan Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS) menunjukkan waktu dan tempat dibatalkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 13 Mei 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (22)
Dua Anggota Polis Diraja Malaysia melakukan sekatan jalan raya pada waktu malam sempena Perintah Kawalan Pergerakan di Petaling Jaya, Selangor pada 4 Mei 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (23)
Seorang pengunjung menulis butiran diri dan memakai pelitup muka dengan mengikuti prosedur operasi standart (SOP sebelum memasuki premis di Subang, Selangor pada 4 Mei 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (24)
Dua pekerja perkhidmatan makanan mengira stok bekalang dengan mengikuti prosedur operasi standart (SOP) sebagai langkah mencegah wabak COVID-19 di Taman Greenwood, Gombak, Selangor, pada 5 Mei 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (25)
Pekerja bengkel kereta memakai pelitup muka ketika melakukan kerja harian dengan mengikuti prosedur operasi standart (SOP) sebagai langkah mencegah wabak COVID-19 di Taman OUG, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (26)
Seorang tukang gunting rambut lengkap memakai pelindung muka dan apron menggunting rambut pelanggannya dalam suasana amalan norma baharu sebagai langkah mencegah wabak COVID-19 di Taman OUG, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (27)
Suasana amalan norma baharu dengan mengamalkan penjarakan sosial ketika FINAS mengadakan Bengkel Kemahiran Youtube dan Komuniti Sinema 2020 di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang pada 26 Jun 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (28)
Sebahagian ahli keluarga dan rakan terdekat hadir menunaikan solat jenazah dengan memakai pelitup muka dan melalukan penjarakkan sosial sebagai langkah pencegahan COVID -19 di salah satu surau di Cheras, Kuala Lumpur pada 16 Ogos 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (29)
Kelihatan papan tanda peringatan kepada pengunjung dan pekerja sebelum memasuki Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 13 Mei 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (30)
Kelihatan papan tanda peringatan kepada pembeli dan pekerja sebelum memasuki restoran sempena Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di Restoran Nasi Ayam Dee, Pandan Indah, Cheras, Selangor pada 26 Jun 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (31)
Salah seorang Ahli Jawatankuasa masjid melapah daging lembu mengikut prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah pencegahan COVID-19 pada majlis Korban Aidiladha di perkarangan Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya, Selangor, 1 Ogos 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (32)
Seorang anggota polis berjalan keluar dengan memakai pelitup muka ketika selesai membuang undi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim, Perak, 25 Ogos 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (33)
Sebahagian penonton menyaksikan persembahan teater ‘Rasa’ di skrin besar secara online di Studio Sound Stage, FINAS, Hulu Kelang, Ampang, Selangor pada 15 Disember 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (34)
Kelihatan beberapa rakan penghantar makanan memakai pelitup muka sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah mencegah wabak COVID-19 di Petaling Jaya, Selangor, pada 4 Mei 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (35)
Seorang rakan penghantar makanan melewati Bangunan Sultan Abdul yang kelihatan sunyi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur pada 20 April 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (36)
Kelihatan seorang nelayan bersama seekor kucing berada di perahu miliknya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur pada 21 April 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (37)
Sebahagian ahli keluarga dan rakan terdekat hadir memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan satu meter mengikut prosedur operasi standard (SOP) pada penghormatan terakhir seorang pelakon veteran ketika majls pengkebumian jenazah bagi mengekang penularan COVID-19 di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur, 16 Ogos 2020. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (38)

Kelihatan beberapa pengunjung sebelum memasuki Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada pelaksana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 13 Mei 2020. Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan mengumumkan kempen Tahun Melawat Malaysja 2020 (TMM 2020) dibatalkan sususlan penuaran COVID-19. Pembatalan itu dibuat bagi memberi keutmaan supaya kesihatamn, keselamatan dan kesejahteraan negara serta rakyat terpelihara. FINAS/ Rafi Rahman.

#1_Norma_Baharu_2020_Rafi_FINAS_ (39)
Suasana pemandangan waktu malam di Kuala Lumpur sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 20 April 2020. FINAS/ Rafi Rahman.