Shah Alam, 24 Mac- Bersempena penganjuran Festival Filem Malaysia ke 30 (FFM-30), FINAS dengan kerjasama Fakulti Filem Teater dan Animasi, UiTM Kampus Puncak Perdana telah mengadakan program pembudayaan sinema serta eksplorasi ilmu iaitu ‘Lensa Sinema’ melalui tayangan dan apresiasi dua buah filem yang menyertai FFM-30 ini iaitu One Two Jaga arahan Nam Ron dan Paskal arahan Adrian Teh bertempat di Miniplex FiTA, UiTM Puncak Perdana, Shah Alam dari jam 9.30 pagi-6.00 petang. Program pembangunan komuniti filem (Cinephiles) bersama pensyarah serta pelajar perfileman ini turut menampilkan Nam Ron sebagai pengarah filem One Two Jaga dan Chee Ang, penerbit filem Paskal yang telah meneroka perspektif, aspirasi, pembikinan, falsafah dan impak filem tersebut bersama khalayak yang hadir. Selain itu, FINAS melalui Bahagian Pemasaran yang diwakili Penolong Pengarah Promosi, En. Mat Yusop Hassan serta Pegawai Eksekutif Puan Irda Kartini turut hadir melalui komponen pameran interaktif ‘Eksplorasi Sinema’ bagi menjana semangat mencintai filem tempatan bersama komuniti.