#LensaFINAS
Petaling Jaya, 30 Januari 2023 – YBrs. Prof Dr. Md Nasir bin Ibrahim menerima kunjungan hormat dari delegasi Jabatan Muzium Malaysia yang diketuai oleh YBhg. Datuk Kamarul Baharin A. Kassim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia di FINAS Cawangan Petaling Jaya.
Delegasi ini telah diberi taklimat dan seterusnya dibawa melihat bahan pameran perfileman Malaysia yang disediakan oleh Unit Mediatheque di FINAS Cawangan Petaling Jaya. Delegasi juga turut dibawa ke Bangunan Makmal Filem Warna bagi melihat peralatan pemprosesan filem ketika era filem analog yang lalu.
Turut hadir, Pn. Rozita Waty Ridzuan, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS, En. Mohd Razaimi Hamat, Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman), pengarah-pengarah FINAS dan Jabatan Muzium Malaysia.
#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia

1