#LensaFINAS

Kuala Lumpur, 31 Januari 2023 – YBrs. Prof Dr. Md Nasir bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, hadir ke malam gala filem ‘Coast Guard yang di adakan di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur.

Filem bergenrekan drama dan aksi ini mendapat pembiayaan Dana Kandungan Digital (DKD) diterbitkan oleh Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zahari Production menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Saharul Ridzwan, Adlin Aman Ramlie, Julia Farhana serta pelakon lagenda Sabri Yunos.

Karya terakhir Allahyarham Pitt Hanif ini mengisahkan tentang pasukan Maritim Malaysia yang mempertahankan sempadan lautan tanah air dan mendapat kerjasama daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APNM) berjaya dihasilkan dengan mengangkat operasi ‘OPS HELANG’ buat pertama kali dalam sejarah perfileman industri negara. Filem ini bakal menemui peminat filem pada 2 Februari 2023.

Turut hadir sama bagi memeriahkan majlis adalah barisan pelakon, rakan media serta tetamu jemputan.

#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia

Coast Guard 1

Coast Guard 2

Coast Guard 3